tentang pengalaman..

kita sebenarnya tidak pernah sekali pun merancang untuk gagal... tapi hakikatnya kita selalu gagal untuk merancang... dan akibatnya gagal juga kita temui dalam perancangan... huhu.... namun setiap dari kegagalan tersebut kita tetap akan terima anugerah, iaitu pengalaman yang tidak bisa kita ketemui sewaktu kita berjaya dalam merancang...

perjalanan yang mengharungi 1000batu pun hanya akan bermula dengan langkahan pertama... jadi setiap pengalaman yang kita miliki hanya akan ditemui apabila kita berani memulakan langkahan pertama...
jadi jangan takut untuk melangkah, kerana setiap langkahan punyai cerita tersendiri,
melangkahlah menuju cahaya jika jatuh sekalipun kita bukan lagi bangsa dihina,
kerana kita berani untuk melangkah dan terus melangkah...

perjuangan kita belum lagi selesai...........



0 Response to "tentang pengalaman.."

Post a Comment