bola dan duit khairat kematian...


td seronok dapat tgk bola kat hakim, walaupun terpaksa berdiri dan pasukan ku minat kalah tapi segala2 mmg menghiburkan... alangkah seronoknya jika perlawanan tu antara pasukan negara kita, pasti semagatnya lebih mengujakan... hehehehehe... pape pun MU mmg dah power just luck sikit jer tak der... hehehe... ini cerita ceria yang ku tgk.. hehehe...

dan ini pula
kisah yang ku dengar,

balik jer bilik, dengar cerita dr sorg hamba Allah ni, tentng sebuah wakil parti politik yang seolah-olah mengambil kesempatan dari satu kematian... sudahlah kehilangan sesorang yang menjadi punca pendapat, sekarang mereka seolah2 ditindas dan dipergunakan pihak politik berkenaan... duit khairat yang sepatutnya diterima oleh keluarga berkenaan rm 7000,kini diberitahu hanya akan mendapat rm3500 dan selebihnya akan digunaakan parti tersebut untuk ceramah dan lain-lain aktiviti.... sejenak saya berfikir apakah terdesak benar parti tersebut mengunakan wang untuk seorng ibu tunggal menyara kehidupan bersama anak-anak.. jika terdesak sekali pun usahlah guna duit untuk sekeluarga yang baru kehilangan seseorang... mungkin perkara ini sudah banyak yang terjadi tapi belum ada pihak yang tampil untuk mendapat hak yang sewajarnya... saya memberitahu kepada rakan saya supaya bawa perkara ini keatas supaya ia dapat diperhalusi dan diambil tindakan sewajarnya.. jika rakan saya itu tidak ambil tindakan pasti perkara ini terus berlarutan... mungkin cerita ini tidak jelas untuk kita paham secara terperinci namun saya terkilan bila rakan saya terus menceritakan bhawa apabila kelurga berkenaan menerima rm1000 untuk permulaan ada wakil pihak berkenaan yang tampil dan meminta rm500.. tetapi bila keluarga terbabit menerangkan wang tersebut sudah digunakan untuk keperluaan, wakil berkenaan sanggup meminta rm 200... apakah ini wajar? meminta dari seorang ibu tunggal untuk ceramah yang akan diadakan?... huhuhu...




0 Response to "bola dan duit khairat kematian..."

Post a Comment