kenapa perlu melabur

saya rasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu pasal pelaburan unit amanah... ok, saya baru dalam bidang ini mungkin tak banyak yang dapat saya kongsikan.. untuk permulaan ini saya nk berkongsi megapa kta perlu melabur?...



 KENAPA KITA PERLU MELABUR?
Hari ini kita berdepan dengan kenaikan harga barang, tarif elektrik naik, minyak yang sentiasa naik tidak menentu, segalanya seakan-akan tidak pernah menyebelahi kita.... selalu kita akan mendengar keluh kesah dari rakyat jelata, pekerja biasa, namun tak pernah kita mendengar keluh resah dari golongan-golongan atasan... kenapa mereka berdiam adakah kekayaan mereka menutup kenaikan demi kenaikan? sedah tentu dan pasti ye... namun kita perlu sedar bahawa rezeki itu sudah ditentukan untuk mereka dan usah kita salahkan mereka... sekarang kita cuba berfikir sejenak kenapa mereka tidak naik berang setiap kali harga naik, kita ambil contoh minyak... mereka sebenarnya gembira apabila harga minyak naik kerana mereka mempunyai saham dalam petronas sebagai contog... setiap kali naik mreka jg mendpt pulangan setimpal dan keuntungan melalui saham yg dimiliki.... justeru mari beli saham petronas... jap jap tapi kita punya wang yang byk untuk membeli saham petronas? ..... dah tentu tak der.... kalau ada pun tak dpt nk beli.... so so so so... apa kita perlu buat untuk kita menikmati kenaikan harga barang sambil keuntungan masih berpihak kepada kita?.... lakukan pelaburan dalam instrument unit trust yang masih menjanjikan pulangan purata setiap tahun 10-12%... mengapa unit trust? pasti itu persoalanya, ye unit trust adalah satu pelaburan jangka masa sederhana dan panjang, unit-unit yang kita perolehi adalah aset paling bernilai untuk kita kumpulkan.. apa kaitan unit trust dan kenaikan harga barangnya? tak berkait pun.... itu pasti satu lagi persoalan yg timbul... kaitanya cukup mudah duit yg kita laburkan ke dalam unit amanah akan dilaburkan ke syarikat2 besar seperti petronas,tnb,dll jd dengan kenaikan setiap barang pasti ada keuntungan bg pelabur2.... sekali gus kita mampu bertahan dengan kekangan infasi yang mengekori kita saban waktu.., kini kita mungkin org yg boleh tersenyum bila mana harga barangan diumum naik.... apa tunggu lagi berfikirlah untuk melabur dan jangan buang masa lagi... sekurang2nya kita jg mampu melabur dalam unit amanah yang boleh kita laburkan bermula dengan jumlah wang yang mampu labur.... bermula sekarang dan hari mendatang ada juga sekumit senyuman.... jika ada kesilapan saya mohon dibetulkan.......


pertama kali bertemu Tun Dr.M

waaaa ni kali pertama aku bertemu mata dan mata dengan Tun Dr.Mahathir.... hehe... hari ini aku dan daus berkesempatan tuk hadir ke majlis syarahan Tun di UMP... dengan semangat yang berkobar2 dan penuh minat aku mendengar ucapan Tun tanpa jemu.. bercerita tentang pengalaman serta buah fikirannya untuk genarasi mendatang membuatkan syarahannya tampak begitu padat... antara salah satu pepatah yang diceritakan oleh Tun, dan menarik minat ku, "tidak kira warna sesekor kucing, yang penting kucing itu pandai menangkap tikus".. pepatah ini digunakan oleh seorang pemimpin negara China untuk memastikan ekonomi china akan terus berkembang tanpa mempedulikan cara yang digunakan.. 
sebelum pulang sempat juga aku menghulurkan tangan untuk berjabak dengan bekas Perdana menteri malaysia yang telah membawa malaysia pada satu tahap yang cemerang.. 
dan hari ini antara kenangan yang indah....

                                                                       Tun Dr. Mahathir

3 bulan dah kerja

pic lama ni... hehe...

huhu... diam tak diam aku dah hmpir 3 bulan jd unit trust consultant public mutual.... walaupun aku terbabas jauh dari landasan tapi tetap akan teruskan juga.. bak pepatah melayu 'alang-alang celup pekasam biar sampai ke pangkal lengan'.. kerja apa pun yang aku buat sekarang samada jauh dari pe yg telah aku blajar, atau terkeluar terus dari landasan elektrik, yang pasti aku mahu mencari rezeki ysng halal.... dan yang paling pasti mencari kejayaan dlm bidang baru ini suatu matlamat.. hehe..

2011 raya pertama tanpa aki


bila buka blog nie rupanya dh lama benar aku tak update.. last aku lakarkan cerita raya dihospital, bermkna hmpir 10bulan aku tak lakarkan sesuatu di jendela ini.. hari ini hari raya ke10 dah.. aki ku sudah hmpir 5 bulan meninggal dunia, hari ini aku teringatkan arwah, aku tak tahu mane nak aky ceritakan, mungkin kt cni tempatnya.. bila takbir raya bergema tempoh hari ati ini seolah2 begitu sayu.. 23tahun aku berhari raya bersama aki kini dia tiada lagi.. kalo dulu setiap kali sembahyang raya aki pasti disisiku, takpun dihadapanku kali ini tiada lagi.. aku sendiri tak tahu pe nk aku karangkan semuanya didadaku, tak mampu aku luahkan satu persatu.. pe yang ku nak kabarkan aku merindui dia, hanya doa dapat ku kirimkan.. apa yang aku buat hari ini adalah semangat aki, aku pikul kemana pun aku pergi, berkerja, bermain semangatnya sentiasa ada dengan ku.. semoga rohnya tenang dan aman disana.. al-fatihah..

ni pic tahun 2009