apabila Dr.ezani juarai Masterchef



dia boleh dikatakan sudah berjaya dalam perjalanan awal, menjadi seorang doktor gigi... kini dia seorang juara masterchef, juara dalam suatu bidang yang jauh dari apa yang dia pelajari... apa yang aku dapt gmbarkan dalam perjalanan hidup dia mungkin kecerdasan fikiran kretif dalam menjalankan tugasan dan bersungguh-sungguh antara resepi terbaik dalam beliau menyusuri kehidupan ini...
dari zaman belajar dah tentu2 dia merupakan contoh dan kini dia terus menjadi contoh terbaik ...
jadi apa yang aku nk kabarkan sebenarnya; entah cuma terfikir sejenak tentang dirinya menyusuri setiap detik dalam hidupnya penuh dengan keindahan dan warna warni kegemilangan..... itu mungkin dari pandangan mata kasar aku, ini cuma untuk menjadi suatu tunjang baru dalam mencari erti sebuah kejayaan dalam menyusuri hidupku...




3 perkara penting dapat aku pelajari dari masterchef malaysia:
1.sentiasa bersungguh-sungguh dalam mengejar impian, tak kenal erti putus asa dan siapa kita sebelum ini.
2.kretif dalam menjalani setiap urusan, kerana yang kretif sentiasa mendapat perhatian.
3.cepat bertindak dalam apa jua situasi, bagi memastikan kita tidak ketinggalan.


jurutera unit amanah

hahaha..... myb tak der orang pun pernah dengar jawatan tu.... tapi tu aku nak namakan aku punya kerjaya sekarang.... tugas seorang jurutera supaya setiap perkara dapat diselesaikan dengan jayanya... dan seorang unit trust consultant memberi maklumat tentang unit amanah secara terperinci kemas dan teratur... maka apabila dua  sifat kerja ini bergabung pasti membuahkan hasil yang cukup sempurna atas perancangan yang kita cipta...

JURUTERA UNIT AMANAH .... hehe....

tiap saat Allah bagi peluang

waaaaa penat hari ni terpaksa mengharungi jalan yg dipenuhi kenderaan... dengan cuaca yang sangat menguji kesabaran ditengahari untuk menunaikan kewajipan kerjaya... dalam suasana yang sangat2 tidak selesa dan mengundang rasa marah yang berlipat ganda dan mulut yang tak terlepas dari marah kereta tu kereta ni rupanya aku baru tersedar, Allah nak bagi aku pahala sabar rupanya, sabar tu sebahagian dari iman... tapi marah juga yang aku turutkan..., sayangnya Maha Pencipta kpada kita, memberi ruang untuk aku mengharungi jalan yang mencabar ditengahari, kalau yang terpancul dari mulutku, ayat2 atau kalam2 suci saat itu alangkah indahnya.... tapi marah dan sakit ati juga aku turuti...

sebenarnya pe yang dilalui itu sebenarnya peluang untuk aku, tapi sayangnya peluang itu aku tak sedar bila ia muncul.... setelah kembali sejuk nyaman dan tenang baru lah berfikir betapa itu adalah suatu anugerah dalam ujian...,

semoga hari mendatang aku lebih sedar akan sebuah peluang...... bukanya menghukum sesuatu peluang yang diberi tanpa ruang.....


kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah itu sempurna


SABAR atau BERSABAR

sabar itu sebahagian dari iman, kekuatan kesabaran adalah satu kekuatan yang sangat diperlukan dalam menjalankan tugas seharian, sedar atau tidak kadang kita sabar dan kadang kala kita bersabar.... dua kata sama bunyinya mungkin lain ertinya bagi saya... cuba saya olah satu ayat "saya sabar menunggu dia datang" dan "saya bersabar menunggu dia datang".... mungkin pe yg nk saya gambarkan bahawa kata sabar mungkin membawa maksud ikhlas, dan bersabar itu terpaksa....
wah.. wah.. wah... apa yang aku karang nie... ermmmmmmm entah lah aku sebenarnya sedang BERSABAR menunggu orang..,. so mmg aku terpaksa tunggu dia dan membuatkan aku rasa kurang selesa dengan keadaan ni sbbnya ada orang lain yang sabar menunggu aku sedang aku bersabar menunggu orang lain...... nak nangis pun ada ni.... huhuhuhuhuhu........

TERUS SABAR MENJALANI KEHIDUPAN INI KERANA PASTI ADA CAHAYA DIHUJUNG PERJALANAN...


CLICK

huhuhu cerita ni sebenarnya dah lebih dari 5 tahun ditayangkan di pawagam namun baru semalam aku tonton, bukan sebab nak tengok sangat asalnya tapi sekadar peneman sebelum melelapkan mata...  tapi entah macam mana cerita ni jadi sangat menarik dan mengujakan... aku pernah terpikir suatu ketika bahawa kalo ada alat boleh berhentikn masa, percepatkan waktu dan langkau tiap2 jam minit dan saat alangkah indahnya hidup ini... tapi cerita ini menunjukan sesuatu disebaliknya... apa nak aku gambarkan dari cerita ini aku sendiri tak tau nak cakap cam mana... tapi kalo ada sape2 punya angan2 untuk memcapai suatu saat gemilang tanpa mahu melalui jalan2 getir atau rintangan dugaan atau mahu gemilang dalam sekelip mata mungkin cerita ini boleh jadi sebahagian dari pengajaran...sebenarnya dalam kita mengejar sesuatu impian kita perlu melalui banyak cabaran, kerana cabaranlah yang mematangkan setiap gerak geri kehidupan kita.... so apa yang dapat aku pelajari, 

.......DUGAAN BUKAN PENGHALANG KEJAYAAN TAPI KEKUATAN KEJAYAAN...

bye-bye 2011

pejam celik pejam celik wah! dh cukup 365 hari di tahun 2011.. suka duka yang dilalui tahun ini pasti meninggalkan kesan yang cukup besar dalam kehidupan ini...
ada beberapa tarikh yang akan aku ingat sepanjang hidupku:
bermula dengan

29/3/20011- hizham menyambut ulangtahun ke 17, namun yang paling dirasai pada tarikh ini aki ku kembali ke Rahmatullah..

gamabar terakhir hari raya bersama arwah aki


1/5/2011- mendaftar dengan Public Mutual, memilih menjadi consultan unit trust public mutual sebagai kerjaya sepenuh masa..


gambar diambil semasa menjalankan roadshow public mutual di ECM...  bersama Puan Hartina dan my boss En. Razman...

















11/7/2011- mengerjakan umrah bersama abah,ayah long, wan dan maktok.

pertama kali membotakan kepala


















30/8/2011- buat kali pertama berhari raya tanpa arwah aki.



 
hari raya pertama...... tema arab.....




mungkin banyak lagi pengalaman serta kenangan suka duka yang aku lalui sepanjang 2011, namun mungkin tarikh-tarikh ini saja yang dapat aku kongsikan bersama...

semoga tahun 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih indah dalam mengharungi kehidupan..
-semoga dugaan yang telah aku lalui tahun lalu bakal mematangkan setiap gerak geri ku..
-semoga hubungan kekeluargaan kami terus mendapat nikmat dan rahamat dariNYA
-semoga aku lebih berjaya dan mampu mencapai target aku dalam kerjaya...

SELAMAT TAHUN BARU 2012..............


kenapa perlu melabur

saya rasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu pasal pelaburan unit amanah... ok, saya baru dalam bidang ini mungkin tak banyak yang dapat saya kongsikan.. untuk permulaan ini saya nk berkongsi megapa kta perlu melabur?...



 KENAPA KITA PERLU MELABUR?
Hari ini kita berdepan dengan kenaikan harga barang, tarif elektrik naik, minyak yang sentiasa naik tidak menentu, segalanya seakan-akan tidak pernah menyebelahi kita.... selalu kita akan mendengar keluh kesah dari rakyat jelata, pekerja biasa, namun tak pernah kita mendengar keluh resah dari golongan-golongan atasan... kenapa mereka berdiam adakah kekayaan mereka menutup kenaikan demi kenaikan? sedah tentu dan pasti ye... namun kita perlu sedar bahawa rezeki itu sudah ditentukan untuk mereka dan usah kita salahkan mereka... sekarang kita cuba berfikir sejenak kenapa mereka tidak naik berang setiap kali harga naik, kita ambil contoh minyak... mereka sebenarnya gembira apabila harga minyak naik kerana mereka mempunyai saham dalam petronas sebagai contog... setiap kali naik mreka jg mendpt pulangan setimpal dan keuntungan melalui saham yg dimiliki.... justeru mari beli saham petronas... jap jap tapi kita punya wang yang byk untuk membeli saham petronas? ..... dah tentu tak der.... kalau ada pun tak dpt nk beli.... so so so so... apa kita perlu buat untuk kita menikmati kenaikan harga barang sambil keuntungan masih berpihak kepada kita?.... lakukan pelaburan dalam instrument unit trust yang masih menjanjikan pulangan purata setiap tahun 10-12%... mengapa unit trust? pasti itu persoalanya, ye unit trust adalah satu pelaburan jangka masa sederhana dan panjang, unit-unit yang kita perolehi adalah aset paling bernilai untuk kita kumpulkan.. apa kaitan unit trust dan kenaikan harga barangnya? tak berkait pun.... itu pasti satu lagi persoalan yg timbul... kaitanya cukup mudah duit yg kita laburkan ke dalam unit amanah akan dilaburkan ke syarikat2 besar seperti petronas,tnb,dll jd dengan kenaikan setiap barang pasti ada keuntungan bg pelabur2.... sekali gus kita mampu bertahan dengan kekangan infasi yang mengekori kita saban waktu.., kini kita mungkin org yg boleh tersenyum bila mana harga barangan diumum naik.... apa tunggu lagi berfikirlah untuk melabur dan jangan buang masa lagi... sekurang2nya kita jg mampu melabur dalam unit amanah yang boleh kita laburkan bermula dengan jumlah wang yang mampu labur.... bermula sekarang dan hari mendatang ada juga sekumit senyuman.... jika ada kesilapan saya mohon dibetulkan.......